Thursday, September 25, 2008

California roll Sushi


Sushi - Miyamoto's

Bahan2 untuk nasi
2 1/2 cup beras jepun
3 cup air
60 ml cuka
30 ml gula
5 ml garam

Bahan2 inti
Yang ni boleh ikut kreativiti dan selera masing2. Sukati je yek... tapi
biasanya orang akan letak...
Nori (kepingan seaweed yg berwarna hijau kehitaman tu)
Avocado - buang kulit dan potong memanjang
Timun - buang biji dan potong memanjang juga
Wasabi - kalau suka boleh letak sikit semasa rolling
Crabstik
Untuk variasi...
Tuna flakes - masak sedikit dengan rempah kari
Nanas dalam tin - keringkan airnya
Mayonis

Cara2 penyediaan
Basuh beras sampai bersih dan masak dalam rice cooker
dengan air yg disukat tadi.

Campurkan cuka, gula dan garam ke dalam periuk
kecil dan masak sehingga gula larut.
Padam api dan biarkan sejuk.

Bila nasi dah masak, sendukkan ke dalam talam.
campurkan sedikit demi sedikit bancuhan cuka tadi sambil
menggaulkan nasi sehingga rata.

Bila nasi dah sejuk, bolehlah kita mula menggulung sushi.

Haa...jangan lupa basuh tangan tau!

letakkan nori kat atas bamboo mat (khas untuk rolling sushi)
Ambil segumpal nasi dan ratakan atas nori tu.
Sapu sedikit wasabi dan letaklah bahan2 inti secara memanjang.
Gulunglah dengan kemas...practice make perfect. Hhehehee!
Pastu bolehlah potong dengan menggunakan pisau tajam yg dicelup
dalam air atau campuran cuka yg kita buat tu. (So kena buat
cuka tu lebih sikitlah...hmmmm..)

Ok, dah siap!

0 comments: